Thursday, April 19, 2012

Guru Pelatih Pamer Bakat Seni

(DARI kiri) Norfazilah Abd. Ghani, Nurul Barsyiah Yahya, Norhafizah Hanafi dan Nurul Husna Mohd. Fauzi membuat persembahan sempena sambutan Jubli Perak IPGKTAA di Lipis, baru-baru 
KUALA LIPIS 17 April - Di sebalik kecemerlangan Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA) Lipis di sini sebagai pusat melatih guru berijazah, institut itu turut melahirkan bintang seni bagi mewarnai dunia perguruan di negeri ini.

Empat gadis yang mengikut Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) di sini merupakan antara bintang seni di institut ini

Mereka boleh dikatakan sebagai penyanyi IPGKTAA yang cukup dikenali walaupun tidak sehebat Datuk Siti Nurhaliza tetapi penampilan bakat guru-guru berkenaan tetap terserlah dan menghiburkan.

Guru pelatih yang dimaksudkan ialah Norfazilah Abd. Ghani (PISMP Seni Visual), Nurul Barsyiah Yahya (PISMP Seni Visual), Norhafizah Hanafi (PISMP Prasekolah) dan Nurul Husna Mohd. Fauzi (PISMP Prasekolah).

Keempat-empat guru terbabit mempamerkan bakat mereka dengan menyampaikan beberapa lagu semasa lawatan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah sempena sambutan Jubli Perak IPGKTAA di sini baru-baru ini.

Gubahan muzik yang kontemporari di samping bakat serta gaya persembahan seperti penyanyi yang terkenal merupakan sentuhan pensyarah muzik, Shamsuri Shafie, Umran Shamsuddin dan Shahariman Hamid.

Norhafizah ketika ditemui Utusan Malaysia berkata, penyertaan sebagai penyanyi hanya kebetulan apabila pihak institut itu memerlukan seorang guru menyampaikan lagu-lagu tertentu dalam acara keramaian.

Bolgger: Norjaja Eynor
Continue Reading...
 

Afzan Bloggers Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template